Induce lactation – ‘Mencetuskan Penyusuan’ atau Adoptive Breastfeeding
ialah apabila ibu menyusukan anak yang bukan dikandungnya.
Proses kehamilan adalah proses alami untuk badan ibu bersedia untuk
menyusukan anak yang bakal lahir
Walaubagaimanapun bagi wanita yang tidak pernah mengandung, anda masih
boleh menyusukan selagi anda mempunyai payudara dan kelenjar pituitari yang
berfungsi!
3 bulan sebelum : Makan pil perancang
(Yasmin/Microgestine) setiap hari tanpa henti dan Domperidone (20mg/4 times per
day) untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari
sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.
Apabila terdapat ‘perubahan’ pada payudara, hentikan pengambilan pil perancang dan teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
Apabila terdapat ‘perubahan’ pada payudara, hentikan pengambilan pil perancang dan teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
‘Perubahan payudara’ ialah pertambahan 1 cup pada bra ibu dan payudara
terasa penuh dan berat
Ibu boleh mula memerah susu menggunakan dual pump elektrik 3 jam
sekali/20 minit untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
Beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan
rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
Sekiranya anda tidak menghasilkan cukup susu (setelah didiagnos doktor
dan penilaian konsultan laktasi).
Cuba gunakan SNS (Supplemental Nursing System) dengan menggunakan susu
yang dibekalkan oleh ibu kandung bayi ataupun susu tiruan.
Ibu akan menghasilkan susu selepas 2 ke 3 minggu proses ini berlaku dan
kesannya berbeza kepada setiap individu.
Susu ibu yang dihasilkan ialah susu matang yang keluar dari ibu yang
melahirkan pada hari ke 10 (lebih dan kurang).
Ibu yang mencetuskan susu ialah ibu hebat!
Anda tidak menghasilkan kolustrum kerana badan anda tidak menghasilkan
‘human placental lactogen’
Susu anda berkhasiat, mengandungi nutrien, antibodi dan immuniti yang
sikecil perlukan, tahniah!
Cadangan lain :
- Sekiranya
ibu kandung sudi menyusukan anaknya, bekalkan breastpump untuk
kemudahannya membekalkan susu sepanjang sekurang2nya 1 minggu pertama
bayi. Kolustrum adalah makanan pertama bayi yang terbaik.
- Breasteeding
is more than breastmilk
- Quoted
dari Puan Kamariah, Konsultan Laktasi “Kasih
sayang itu milik Dia dan niatkan menyusu anak ini demi menambahkan kasih
sayang dan bukannya menggantikan”
Credit: suraya, diyaluna.com, duniasusuibu.com
No comments:
Post a Comment