Selamat Datang Ke Blog Mama Iman
Saturday 27 July 2013
[PETUA SEMASA BERPANTANG] Air Halia+ Halba
[Air Halia+ Halba] - Petua untuk Buang Angin, Menyegarkan Badan dan Membanyakkan Susu Badan
Bahan-bahan:
Halia sebesar ibu jari (2ketul, diketuk)
2 camca teh halba
Sedikit kulit kayu manis
3 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula
2 cawan air
Cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecil.
2. Panaskan dan kacau sedikit untuk larutkan gula merah. Tutup api apabila mendidih.
P/s: Biasanya saya akan tutup periuk dan biarkan halba kembang selepas mendidih.
Halia ni secara amnya berfungsi untuk membuang angin dalam badan. Manakala halba pula berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan membanyakkan susu badan. Sebenarnya banyak lagi khasiat yg boleh diperolehi dari halba ni.. Boleh google dalam internet untuk tahu khasiat2 halba yg lain..
Saya amalkan minuman ni untuk segarkan badan dan membanyakkan susu badan since anak ke3 saya ni ada sedikit jaundis.. Jadi, bila anak saya dah betul2 sihat, baru saya akan start makan pil phytonatal dan akar herbanika nona roguy.. In Shaa Allah dalam 2-3 hari lagi, dah boleh start makan.. jaundis anak saya pun nampak dah surut banyak, alhamdulillah..
Subscribe to:
Posts (Atom)