SET
BERSALIN – 8 PRODUK BERMUTU DALAM 1
Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus
untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat
seperti berikut:-
1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan.
Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga
tubuh badan menjadi sejuk.
2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan
pendarahan semasa melahirkan anak.
3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat
pendarahan semasa melahirkan anak.
4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada
keadaan yang normal.
5. Menghilangkan sakit batu meriyan.
6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.
7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.
8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.
Set bersalin mengandungi:-
Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan
angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang
lenguh.
Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut,
sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.
Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh
luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.
Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api
yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada
pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.
Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu
kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.
Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba
yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi
selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.
Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki
penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan
sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga
memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam
selepas makan.
HARGA : RM85.00